Atok belah Dada CUCU... Seram !!

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 11:07 PG | , | 1 Komentar »

Astagfirullah, ni aku ada baca kat satu blog nih..
"ada satu kisah yang diperbesarkan dalam penyebaran email.. Dan aku tak terkecuali menerimanya.. Kisah ni dikatakan berlaku di Kg Chubadak, Sentul. Dikisahkan bahawa atuknya sudah tidak tertahan dengan tekanan dan tak nak cucunya menanggung derita.. Disebabkan tekanan itu, atuknya telah membelah dada cucunya dan mengeluarkan isi2nya sekali. Lepas sahaja dibunuh cucunya, dia pula menggantungkan diri.

Mungkin tekanan disebabkan pasal kes kat video atas nie.. Aku pon tak tau lah.. Yang pasti aku tak tau lagi pasal kebenaran kisah ini.."


kat bawah ni gambar atuknya yg bunuh diri dan gambar cucunya yang dibelah dadanya..
jadi amaran! sesiapa yang lemah semangat atau lemah pe2 ke dilarang clik link di bawah!

Sengaja saya tidak paparkan gambar tersebut dalam web blog ini, kerana sungguh sadisnya siksaan yang dilakukan oleh datuk ini.


Gantung Diri
Belah Dada

Komentar anda diperlukan mengenai artikel ini. Terima kasih

[+/-] Baca Selanjutnya......

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.

Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat.Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.


Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.

Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati
lambat.Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.
Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan
sahabat handai kita agar masyarakat
kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi
duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah. ..
Allahhuakbar! Allahhuakbar! Allahhuakbar! )

[+/-] Baca Selanjutnya......

Perisian Smart Close

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 6:11 PTG | | 3 Komentar »







Assalamualaikum, Salam kunjungan kepada semua rakan-rakan.

Alhamdulillah baru-baru nie ana masuk laman web GreenBoc dan dapat berbincang serta bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan sesama ahli di dalam web tu. Saya teringat ada seorang sahabat tu dia bertanya kepada saya bagaimana nak lajukan PC tanpa mengUPGRADE hardware. Saya katakan kepadnya sila gunakan perisian SmartClose ini.

Jadi kali ini saya hendak berkongsi sebuah perisian SmartClose yang boleh melajukan sitem PC anda dengan baik dan berkesan. Cubalah anda pasti teruja dengannya.

Dah download tu.. bagi la sikit komentar. Asyik kosong je komentar tu?

DOWNLOAD DI SINI

[+/-] Baca Selanjutnya......

Cara Kelajuan Firefox Anda

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 11:18 PTG | , | 1 Komentar »



Tak habis-habis tutorial. Tutorial-tutorial, tips-tips, panduan-panduan. Hehe banyak lagi nie. Ok la... sahabat-sahabat sekalian, tips sekarang mungkin juga ada yang tahu. Tapi kita kongsi bersama la mana tau ada sahabat-sahabat yang belum tahu lagi kan.

FireFox terdapat byk hidden settings yg aku sendiri pun br dpt tau dan tak abis explore lg..HIDUP FIREFOX!!..

1st step : Open FireFox and type about:config in the address bar.

2nd step : Ubah settings spt di bawah..tp sblm tu sila catat default setting terlebih dahulu :

**utk tukar setting, korang double klik jer..

a. network.dns.disableIPv6 Set this to true(dgn hanya tukar setting nie jer pun korang dah dpt rasai kelainannyer)
b. network.http.max-connections Set this to 100
c. network.http.max-connections-per-server Set this to 100
d. network.http.max-persistent-connections-per-proxy Set this to 100
e. network.http.max-persistent-connections-per-server Set this to 100

3rd step : Restart Firefox.

100 is a random no. tertinggi aku pilih utk memastikan Firefox takkan tggu connection, terutamanya on pages with many image hosts for avatars, etc.

[+/-] Baca Selanjutnya......

Perisian Untuk Membuat Business Cards

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 10:53 PG | | 0 Komentar »





Perisian yang saya hendak kongsi pada hari ini ialah satu perisian yang amat berguna kepada semua. Terutamanya bagi mereka yang menceburi dalam bidang Design ini. Anda tidak perlu membina banyak contoh Kad Business kepad pelanggan anda. Hanya memaparkan je contoh design yang telah disediakan melalui program ini sudah memadai.

Perisian ini adalah sesuai digunakan juga untuk peribadi dan tidak perlu mengupah orang lain untuk membuat kat sendiri. Selamat Mendownload.

DOWNLOAD DI SINI
ATAU DI SINI

[+/-] Baca Selanjutnya......

Classic Menu Untuk Office 2007

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 4:53 PTG | , | 2 Komentar »

Salam Ukhuwah kepada semua pengunjung,

Alhamdulillah hari nie saya hendak berkongsi sedikit software yang rasanya elok digunakan untuk mereka yang masih baru dalam menggunakan perisian Microsoft Office 2007.

Fuyoo.. memang pada mulanye saya menggunakan perisian nie.. pening juga dibuatnye... tapi kalau dah biasa semua tak menjadi masalah. Namun untuk sesiapa yang teringin juga untuk menggunakannye. Satu perisian yang rasanye sesuai untuk digunakan. Perisian ini adalah untuk menjadikan segala menu menjadi seperti menu klasik.

Dapatkan dengan segera sebelum lambat.



DOWNLOAD DI SINI

[+/-] Baca Selanjutnya......

Assalamualaikum dan salam kunjungan. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tips. Tips ini mungkin dah ada yang tahu. Tetapi tak per... kita boleh berkongsi bersama-sama. Kalau ada kesalahan tu boleh le berikans edikit komentar yer??




Favicon adalah icon yang terdapat pada address bar atau tab bar pada web browser, cara buat favicon cukup mudah ingin membuatnya ikuti langkah berikut:

1. Buat gambar ukuran 32x32 simpan dengan format gif, jpg, png, dan bmp (pilih salah satu)
2. Kemudian buka http://tools.dynamicdrive.com/favicon/
3. Pada tombol browse pilih gambar yang telah dibuat
4. kemudian klik "create icon"
5. klik "download favicon" simpan gambar tersebut
6. simpan icon tersebut di alamat penyimpanan online di www.geocities.com atau pages.google.com
7. langkah terakhir buka blogger dan masuk ke edit HTML

cari kod head kemudin paste kod dibawah ini dibawah kode head:

< link rel="shortcut icon" href="/favicon.ico" >

Contoh

< link href='http://www.geocities.com/yudhim/favicon.ico' rel='shortcut icon'/ >


8. simpan, kemudian lihat hasilnya.

[+/-] Baca Selanjutnya......

Saladin - Animasi TV

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 6:46 PTG | | 0 Komentar »



Alhamdulillah, hari nie saya nak berkongsi sedikit filem animasi bercorak islamic khas untuk anak-anak kita. Saye rasa bukan anak jer, tapi untuk orang tua pun rasanye perlu menonton kisah nie...

Saladin ialah sebuah projek animasi yang diilhanmkan daripada riwayat Salah Al-Din Yusuf Ibni Ayub, wira Islam yang menyatukan para Muslimin menghadapi Perang Salib pada abad ke-12. Siri ini diterbit oleh Multimedia Development Corporation (MDeC), Malaysia. Saladin bakal dijadikan siri animasi TV sepanjang 13 episod. Penerbitan bermula pada bulan Mei 2004 dan sebuah treler enam minit pernah dipratayangkan ketika sambutan ulang tahun ke-10 Koridor Raya Multimedia pada bulan April 2005. Episod pertama dijangka disiarkan pada tahun 2008.

Episod 1 :

DOWNLOAD EPISOD 1

Episod 2 akan menyusul kemudian.

[+/-] Baca Selanjutnya......

Assalamualaikum kepada semua pengunjung web blog Abu Asma. Syukur alhamdulillah kerana saya hari nie nak berkongsi sedikit petua untuk pc anda.

Bagi yang menggunakan Office 2007 kali ini dalam ruangan tutorial Abu Asma saya akan berkongsi untuk membuat background picture untuk helaian Excell anda.


Asal Excell anda adalah seperti ini.



Langkah 1 :



Lankah 2 :



Hasilnya :

[+/-] Baca Selanjutnya......

Menukar Nama Recycle Bin

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 12:14 PTG | | 0 Komentar »

Tidak seperti ikon-ikon lain di Desktop, ikon Recycle Bin tidak boleh diubah kepada nama lain. Untuk menukar nama Recyle Bin, anda perlu membuat suntingan Registry:

1) Klik Start -> Run

2) Taipkan regedit dan tekan Enter

3) Kembangkan (expand) ke:

HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows
\ShellNoRoam\MUICache

4) Klik dua kali pada nilai STRING @C:\WINDOWS\system32\SHELL32.dll,-8964

5) Tukarkan nama "Recycle Bin" kepada nama yang diinginkan, contohnya "Bakul Sampah"

6) Klik OK

Sekarang, klik di mana-mana bahagian Desktop anda dan tekan kekunci F5, ikon Recycle Bin anda akan ditukar kepada nama yang telah ditetapkan.

[+/-] Baca Selanjutnya......

Themes XP Hitam Yang Menawan

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 12:04 PTG | | 2 Komentar »

Hai dan bosan agaknya dengan Themes warna biru pada Windows XP ini. Sakarang rasa macam nak beralih angin untuk menggunakan Themes Hitam Yang Menawan pulak.

Mudah sahaja cara penggunaanya. Hanya perlu menDOWNLOAD nya di

SINI

Dan install seperti besa. Semoga berjaya.



[+/-] Baca Selanjutnya......

Assalamualaikum, penat juga mencari benda nie akhirnye terjumpa juga caranya.

Cara nie mudah je dengna bantuan beberapa software yang bernama Deskview. Cara menggunakannya mudah jer hanya klik pada program Deskview untuk mengecilkan ikon desktop dan klik semula program tersebut untuk membesarkannya.

Selamat mencuba

Asal.




Selepas.




Sila dapatkan perisian ini di SINI

[+/-] Baca Selanjutnya......

Doa Untuk Anda Sahabat Ku

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 6:26 PTG | | 0 Komentar »

Ya Allah

Panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya
dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,perluaskanlahrezekinya, dekatknlah hatinya kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat


Ya Muhaimin

jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu?Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripadamelabuhkan hatinya pada hatiMu.jika dia rindu,rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah

Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang meyeru manusia kejalanMu jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu

Ya Allah

kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak..

AMIN

[+/-] Baca Selanjutnya......

CD Photoshop Grafik Mania

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 9:24 PG | | 0 Komentar »

Assalamualaikum dan salam kunjungan buat rakan-rakan semua.

Disini saya hendak berkongsi lagi satu produk yang amat laris dipasaran.
Produk ini khas dicipta untuk memudahkan rakan-rakan kita yang ingin mendalami alam grafik.
Dengan resources yang pelbagai dari segi Photoshop Action, Styles, Brush, Shapes, Tips & Tutorial serta PSD Source Files yang begitu besar di dalam CD ini menjadikan ia salah satu produk yang hangat di pasaran seumpamanya di Malaysia. Ia sesuai untuk digunakan bagi mereka yang aktif menggunakan Photoshop dalam merekabentuk grafik dengan lebih kreatif !
Dapatkan segera sementara Stok masih ada !
Harga : RM40.00 ( Termasuk harga pos. - Dalam Malaysia Sahaja )
Hubungi : +6013 5814418

[+/-] Baca Selanjutnya......

Cinta memerlukan bukti dan pengorbanan untuk membenarkan ketelusan cinta. Apatah lagi cinta kepada insan agung yang bergelar kekasih Allah. Insan yang bergelar Nabi Muhammad ini wajib menjadi kekasih dan ignatan buat seluruh umat manusia. Masakan tidak, kecintaan kepada baginda merupakan bukti keimanan kita kepada Allah taala.

Buku ini jika dihayati mampu menimbulkan keinsafan di hati. Di mana cinta kita kepada baginda jika hendak dibandingkan dengan cinta para sahabat yang sanggup berkorban nyawa, jiwa raga dan harta untuk baginda.

Untuk mendapatkan beberapa panduan, cerita-cerita ilmiah kecintaan terhadap Rasulullah S.A.W ini, miliki segera buku ini.

Diterjemahkan oleh : Mariam Binti Yusof





Harga : RM5.00

Pesanan 1-10 Naskah tambahan RM2.00 Untuk tujuan Pos diperlukan. Lebih
daripada 10 naskah adalah percuma. - Dalam Malaysia Sahaja )

Hubungi : +6013 5814418

[+/-] Baca Selanjutnya......

Islam sangat mengambil berat terhadap anak-anak dengan memberikan perhatian yang begitu besar kepada mereka, kerana mereka merupakan binaan utama bagi masyarakat Islam. Kuatnya masyarakat Islam, gemilangnya kedudukannya dan tertampil imej baiknya dengan anak-anak ini. Di atas bahu mereka, tertegaknya umat dan menggunung cita-cita. Mereka merupakan tangan kanan bagi umat Islam.

Buku keluaran Maahad Tarbiyah Islamiah Derang, yang diterjemahkan oleh Mariam jamilah Binti yusof.

Dapatkan segera dan ketahuilah cara mendidik anda dengan lebih sempurna melalui buku ini.





Harga : RM5.00

Pesanan 1-10 Naskah tambahan RM2.00 Untuk tujuan Pos diperlukan. Lebih
daripada 10 naskah adalah percuma. - Dalam Malaysia Sahaja )

Hubungi : +6013 5814418

[+/-] Baca Selanjutnya......

Sebelum Tidur !!

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 9:31 PG | | 0 Komentar »

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :

Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda :

"Jika engkau tidur bacalah :

- Al-Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
- Membaca selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
- Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
- Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"


Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

[+/-] Baca Selanjutnya......

Tetamu Terakhir !!

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 9:16 PG | | 1 Komentar »

Saudaraku, tahukah siapa tetamu terakhir yang akan mengunjungimu? Tahukah anda apa tujuan ia menziarahi dan menemuimu? Apakah hajatnya darimu?


Ketahuilah! Ia tidak datang kerana dahagakan hartamu, atau kerana ingin menikmati hidangan lazat bersamamu,atau meminta bantuanmu untuk membayar hutangnya, atau memintamu memberikan sokongan kepada seseorang atau untuk menyelesaikan urusan yang tidak mampu ia selesaikan!!


Tetamu ini datang untuk satu urusan penting yang telah ditetapkan. Anda dan keluarga anda malah seluruh penduduk bumi ini tidak akan mampu menggagalkannya dalam misinya tersebut!Walaupun anda tinggal di istana-istana yang tinggi, berlindung di benteng-benteng yang kukuh dan di menara-menara yang kuat, dikawal dengan ketat, anda tidak dapat mencegahnya masuk untuk menemuimu dan menunaikan urusannya denganmu!!


Untuk menemuimu, ia tidak perlu pintu masuk, atau meminta izin, dan membuat temujanji terlebih dahulu sebelumdatang. Ia akan datang bila-bila dan dalam keadaan apapun; ketika kamu sedang sibuk ataupun lapang, sedangsehat ataupun sedang sakit, semasa kamu masih kaya ataupun sedang melarat, ketika kamu sedang bemusafiratau pun tinggal di tempatmu!!Saudaraku! Pengunjungmu ini tidak memiliki hati yang lemah.


Ia tidak akan terpengaruh oleh ucapan-ucapan dan tangismu bahkan oleh jeritanmu dan sahabat-sahabat yang menolongmu. Ia tidak akan memberimu kesempatan untuk menilai semula perhitungan-perhitunganmu dan meninjau kembali urusanmu!Kalau pun kamu berusaha memberinya hadiah atau menyogoknya, ia tidak akan menerimanya sebab seluruh hartamu itu tidak bererti apa-apa baginya dan tidak membuatnya mundur dari tujuannya!Sungguh! Ia hanya menginginkan dirimu saja, bukan orang lain!


Ia menginginkanmu semuanya bukan separuhbadanmu! Ia ingin membinasakanmu! Ia ingin kematian dan mencabut nyawamu! Menghancurkan raga dan mematikan tubuhmu! Dialah malaikat maut!!! Allah s.w.t berfirman, artinya:

"Katakanlah, ‘Malaikat Maut yang ditugaskan untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu; kemudian hanyakepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan." (QS. As-Sajadah: 11)

Dan firman-Nya, artinya:"

Sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, ia diwafatkan oleh malaikat-malaikatKami, dan malaikat-malaikat Kami itu tidak melalaikan kewajibannya." (QS. Al-An'am: 61)

Hitungkanlah Dirimu!Saudaraku, bermuhasabahlah ke atas dirimu di saat masa lapang mu, fikirkanlah betapa cepat akan berakhirnya masa hidupmu, bekerjalah dengan sungguh-sungguh di masa lapangmu untuk masa sulit dan keperluanmu, renungkanlah sebelum melakukan suatu pekerjaan yang kelak akan dicatit di lembaran amalmu.

Di mana harta benda yang telah kau kumpulkan?

Apakah ia dapat menyelamatkanmu dari cubaan dan huru-hara itu?

Sungguh, tidak! Kamu akan meninggalkannya untuk orang yang tidak pernah menyanjungmu dan maju dengan membawa dosa kepada Yang tidak akan bertolak ansur denganmu!

Wassalam..


[+/-] Baca Selanjutnya......

Shortcut untuk Shutdown, Restart & Log Off

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 9:38 PTG | | 0 Komentar »

Shortcut untuk Shutdown

Untuk mempercepat shutdown Anda bisa membuat shortcut pada desktop. Caranya :

1. Klik kanan area kosong pada desktop lalu pilih New - Shortcut.
2. Pada command line ketikkan c:\windows\rundll32.exe user, exitwindows.
3. Klik next dan beri nama shortcut tersebut.
4. Terakhir klik Finish.

Shortcut untuk Restart

Untuk mempercepat restart Anda bisa membuat shortcut pada desktop.

Cara 1 :

1. Klik kanan area kosong pada desktop, pilih New - Shortcut.
2. Pada command line ketikkan C:\WINDOWS\RUNDLL.EXE user.exe,exitwindowsexec.
3. Klik next dan beri nama shortcut tersebut.
4. Terakhir klik Finish.

Cara 2 :

1. Jalankan Notepad.
2. Ketikkan @exit.
3. Simpan dengan nama restart.bat di C:
4. Jalankan windows explorer, klik kanan dan seret file tersebut ke desktop.
5. Pada menu yang muncul pilih Create Shortcut(s) Here.
6. Klik kanan shortcut tersebut, pilih Properties.
7. Pindah ke tab Programs, beri tanda check pada Close on Exit.
8. Klik tombol Advanced.
9. Tandai pilhan MS-DOS Mode, serta hapus pilihan Warn before entering MS-DOS mode.
10. Klik OK, dan OK lagi untuk menutup kotak dialog Properties.

Shortcut untuk Log Off

Untuk mempercepat log off Anda bisa membuat shortcut pada desktop. Caranya :
1. Klik kanan area kosong pada desktop lalu pilih New - Shortcut.
2. Pada command line ketikkan C:\WINDOWS\RUNDLL.EXE shell32.dll,SHExitWindowsEx
3. Klik next dan beri nama shortcut tersebut.
4. Terakhir klik Finish.

Selamat Mencuba.

[+/-] Baca Selanjutnya......

Cara Hadapi hantu Jika Terserempak

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 9:32 PTG | 0 Komentar »

Pocong

Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.LangsuirDia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak

Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.
Hantu RayaHantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah

Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.
JerangkungDia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untukberdiri tegak.

Toyol

Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. .nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya… lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu

Hantu Ponteng

Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang lerrr..takder kerja lain asyik ponteng kerja, lepaih tu nengok e-mail..macam sekarang nih..sah-sah tengahponteng nie..macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat kerja … .. hehehehehe

LEPAS BACE NIE DAH TAK YAH TAKUT2 NGAN HANTU..TAKUT PADA DIRI SENDIRI SEBAB KADANG2 DIRI SENDIRI LEBIH MENYERAMKAN DARIPADA HANTU!!!!!!! !”

[+/-] Baca Selanjutnya......

Ronda-Ronda Ke Kuala Lumpur

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 6:36 PTG | | 0 Komentar »


Fuyoo... rasanye dah lama tak ke Kuala Lumpur untuk "Ronda-Ronda".. maklumle saye hanye keluar ke mane-mane kalau ade keje jer. Kalau tak de sebarang urusan, tinggal je kat rumah. Layari "Tenet", Chatting dan Edit apa-apa yang patut kat web ini.

Perjalan kami pada hari jumaat lalu (11.April 2008 ) telah mengambil masa lebih kurang 5 jam barulah sampai ke KL. Lama juge... mana tak lama, kami terpaksa mampir di Perak untuk menyelesaikan sedikit urusan buku saudara Muhammad Zaki.

Setelah semuanya selesai, barulah berangkat dari Perak ke Kuala Lumpur kira-kira waktu selepas maghrib.

Kami bermalam di rumah keluarga saudara Khyrie di Klang dan keesokkan harinya barulah bertolak ke KL.

Agaknye dah hampir 4 tahun tak jalan-jalan ke KL, rasanya macam orang baru je kat sana. Pembangunan amat pesat membangun. Bayangkan sahabat saye Khyrie yang merupakan orang sana pun, boleh tersesat jalan. Tu la yang dinamakan sebagai pembangunan.

Walaubagaimanapun, saye tetap berbangga kerana menjadi anak Malaysia. Sikit-sikit dah ler...

[+/-] Baca Selanjutnya......
Diterbitkan Oleh Tawakkal | 3:56 PTG | 0 Komentar »




Link Lain

[+/-] Baca Selanjutnya......

Selamat Datang

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 6:52 PTG | | 1 Komentar »

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, setelah berpenat-penat dan memerah otak, syukur dapat siapkan web blog yang tak seberapa ini. Maklumlah dah lama tinggal benda nie.

Sebenarnya saya juga pernah membuat beberapa web blog. Tapi tidak menggunakan perkhidmatan blogspot. Akan tetapi saye menggunakan blogdrive. Nie die laman web yang saya gunakan dengan menggunakan blogdrive http://suhbah.blogdrive.com/ . Web blog tu saya rasakan simple jer... maklum le malas sikit nak edit.

So sekarang saja nak berubah angin pulak dengan menggunakan perkhidmatan Blogspot ini. Mudah-mudahan saya boleh menguasai web ini dengan lebih baik.

So jikalau kengkawan ada sedikit komentar ker, teguran ker, atau apa-apa juga cadangan untuk kebaikkan web blog saye ini, coretlah di ruangan komentar.

Semoga dengan pandangan dan komentar dari kengkawan akan dapat mematangkan saye dalam memajukan webblog ini.

Sekian terima kasih.
.::- Abu Asma Sofiadie -::.

[+/-] Baca Selanjutnya......