Memaparkan catatan dengan label Mtiderang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mtiderang. Papar semua catatan

Malam Nostalgia Nadil Wasitiah

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 9:04 PG | , | 0 Komentar »

Derang, majlis ihtifal yang diadakan setiap tahun telah menggamit sebuah memori yang cukup bermakna. Memang cukup bermakna kerana peristiwa ini bukan selalu diadakan. Hanya setahun sekali sahaja.

Maahad Tarbiyah Islamiah Derang ingin menjemput semua waris, pelajar dan lepasan pelajar untuk menghadiri ke majlis Ihtifal yang akan diadakan pada :


Tarikh : 1 Ogos 2008 ( 29 Rejab 1429 )
Hari : Jumaat
Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Dewan Al Bukhari, MTI Derang

Yang paling menarik pada ketika ini ialah penampilan lagu-lagu kumpulan Nasyid Nadil Wasitiah yang menampilkan lagu-lagu dalam sekitar tahun 80an - 90 an.

Turut akan berhimpun dan menyampaikan dendangan lagu nasyid mereka ialah kumpulan nasyid Rusydan yang pernah mengharumkan nama dipersada nasyid negara.

Insyallah nanti saya akan sambung artikel ini pada hari tersebut dengan meletakkan beberapa keping gambar dan filem ringkas insyallah.

[+/-] Baca Selanjutnya......



Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah pepatah melayu yang mahsyur sejak dari dulu hinggalah sekarang. Tak lapuk ditelan zaman.

Demikian juga halnya yang berlaku pada ketiga-tiga anak dari Indonesia ini. Mereka telah di didik dengan baik dan di tabiyah dengan cemerlang untuk menjadi seorang tokoh pemidato cilik di indonesia.

Yang paling menariknya seawal usia 7-9 tahun mereka mampu memukau ramai pendengar pidato mereka. Itulah hikmah tarbiyah yang diberikan sejak kecil lagi.



Jadi pada 20.7.2008 baru-baru ini, Maahad Tarbiyah Islamiah tidak ketinggalan menerima kunjungan mereka tiga beradik untuk menyampaikan pidato mereka di sini. Ramai yang terpegung dan kagum melihat kehebatan dan kebolehan mereka. Hampir 3 jam mereka bertiga berpidato tanpa menggunakan teks dan mahir dalam mengendalikan hadirin yang hadir.

Syukur dan tahniah saya ucapkan untuk mereka, semoga kehadiran mereka di MTID ini dapat menjadikan satu suntikan kepada semua pelajar MTID agar dapat mencontohi tauladan dan keberanian mereka untuk berhadapan kepada masyarakat dimasa akan datang.















Gambar yang dirakamkan mungkin tidak seberapa jelas kerana ditangkap menggunakan Handphone. Sesiapa yang hendak mengambil gambar ini, dipersilakan tanpa memberitahu kepad webmaster.

[+/-] Baca Selanjutnya......

Usrah Muslimat Zon Awwali

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 8:41 PG | , | 0 Komentar »



Kadang-kadang teringin juga hendak pergi rehlah bersama ahli usrah di zon awwali nie.

Agaknya sudah lama kami tidak membuat usrah diluar kawasan. Maklumlah semua ahli usrah disibukan dengan urusan masing-masing.

Walaubagaimanapun, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada usrah muslimat Usrah Zon Awwali kerana pada hari sabtu yang lalu 19.7.2008, mereka telah mengadakan satu program yang julung-julung kali diadakan di kebun Pak Long ( Ayah Mertua Ustaz Fahmi ) di lepai.



Program usrah yang diadakan di sana sungguh meriah kerana bukan sahaja dapat mengadakan usrah, malah semua ahli usrah dapat merasakan keindahan alam ciptaan Allah dan juga dapat menjamu selera dengan buah-buahan yang ada di sana.

Sementara usrah muslimat ( ibu-ibu ) mengadakan usrah dan membaca Yasin, anak-anak remaja muslimat pula sibuk dengan membakar ikan dan memasak. Bagi lelaki plak apa yang mereka buat? Hehehe... apa lagi panjat pokok rambutan, manggis, langsat la kami...

Sementara anak-anak kecil pula ditugaskan untuk mengutip buah yang telah digugurkan ke bumi.

Ya Allah seronok betul la hari tu. Lagi seronok sekiranya dapat di adakan selalu agar ukhuwah para ahli usrah mendapt kemesraan dan diredhai oleh Allah.








Gambar yang dirakamkan tidak sebegitu jelas kerana saya hanya menggunakan handphone sahaja untuk menangkapnya.


[+/-] Baca Selanjutnya......



Bila terkenang akan Al Marhum Syeikh Niamat Yusuf, terasa sebak di dada. Apa tidak, bagi penuntut Maahad Tarbiyah Islamiah Derang, dialah sebagai idola yang patut dicontohi untuk menjalani kehidupan saharian sebagai penuntut.

Kata-katanya berhikmah, budi pekertinya sopan, keikhlasannya menjadi ikutan, ajarannya menjadi amalan. Entah apa yang patut dikatakan tentang keluhuran budi pekerti Al-Marhum.




Majlis Haul Syeikh Niamat Yusoff 1429H/2008M

Tarikh : 13 Rejab 1429 / 16 Julai 2008
Hari : Rabu
Masa : 8.00 - 11.00 Pagi
Tempat : Dewan Kulian Tafaqquh Fiddin Dan Dewan Bukhari

Agenda :

8.00 - Bacaan Yaasin dan Tahlil( Semua yang hadir )
9.30 - Forum

Tajuk Forum : Keringat, Darah dan Air Mata Ayahanda
Ahli Panel :
1. Ustaz Abu Khair
2. Ustaz Ilyas Islamil
3. Ustaz Hazwan Hanif
4. Ustaz Hafiz Mustafa

10.30 - Tayangan Multimedia

Semua muslimin dan Muslimat dijemput Hadir
Tolong sebarkan untuk semua.



Alhamdulillah pagi tadi telah berlangsung majlis Haul Al Marhum Ustaz Niamat Yusoff.
Majlis bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Berikut gambar-gambar yang sempat saya tangkap.



Suasana dalam program membaca Yasin dan Tahlil



Antara peserta muslimat yang mengikuti program Haul



Kunjungan Syeikhul Maahad TG Ustaz Abu Bakar Awang. Kelihatan juga sudah uzur tapi tetap tabah untuk mengikuti program Haul Al-Marhum Ustaz Niamat



Sebahagian penuntut dan peserta yang hadir



Program Forum yang membicarakan pelbagai aspek tentang perjuangan Al Marhum Ustaz Niamat Yusoff

Semoga kehadiran semua diberkati Allah dan semoga juga Al-Marhum ditempatkan di tempat orang-orang yang mulia dan sholeh di sisi Allah S.W.T... amin....

PS. - . Anda boleh mengambil gambar ini tanpa pengetahuan Webmaster

[+/-] Baca Selanjutnya......

Buku Maahad : Cinta Kepada Nabi S.A.W

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 10:27 PG | , | 2 Komentar »

Cinta memerlukan bukti dan pengorbanan untuk membenarkan ketelusan cinta. Apatah lagi cinta kepada insan agung yang bergelar kekasih Allah. Insan yang bergelar Nabi Muhammad ini wajib menjadi kekasih dan ignatan buat seluruh umat manusia. Masakan tidak, kecintaan kepada baginda merupakan bukti keimanan kita kepada Allah taala.

Buku ini jika dihayati mampu menimbulkan keinsafan di hati. Di mana cinta kita kepada baginda jika hendak dibandingkan dengan cinta para sahabat yang sanggup berkorban nyawa, jiwa raga dan harta untuk baginda.

Untuk mendapatkan beberapa panduan, cerita-cerita ilmiah kecintaan terhadap Rasulullah S.A.W ini, miliki segera buku ini.

Diterjemahkan oleh : Mariam Binti Yusof





Harga : RM5.00

Pesanan 1-10 Naskah tambahan RM2.00 Untuk tujuan Pos diperlukan. Lebih
daripada 10 naskah adalah percuma. - Dalam Malaysia Sahaja )

Hubungi : +6013 5814418

[+/-] Baca Selanjutnya......

Islam sangat mengambil berat terhadap anak-anak dengan memberikan perhatian yang begitu besar kepada mereka, kerana mereka merupakan binaan utama bagi masyarakat Islam. Kuatnya masyarakat Islam, gemilangnya kedudukannya dan tertampil imej baiknya dengan anak-anak ini. Di atas bahu mereka, tertegaknya umat dan menggunung cita-cita. Mereka merupakan tangan kanan bagi umat Islam.

Buku keluaran Maahad Tarbiyah Islamiah Derang, yang diterjemahkan oleh Mariam jamilah Binti yusof.

Dapatkan segera dan ketahuilah cara mendidik anda dengan lebih sempurna melalui buku ini.





Harga : RM5.00

Pesanan 1-10 Naskah tambahan RM2.00 Untuk tujuan Pos diperlukan. Lebih
daripada 10 naskah adalah percuma. - Dalam Malaysia Sahaja )

Hubungi : +6013 5814418

[+/-] Baca Selanjutnya......