Ronda-Ronda Ke Kuala Lumpur

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 6:36 PTG | | 0 Komentar »


Fuyoo... rasanye dah lama tak ke Kuala Lumpur untuk "Ronda-Ronda".. maklumle saye hanye keluar ke mane-mane kalau ade keje jer. Kalau tak de sebarang urusan, tinggal je kat rumah. Layari "Tenet", Chatting dan Edit apa-apa yang patut kat web ini.

Perjalan kami pada hari jumaat lalu (11.April 2008 ) telah mengambil masa lebih kurang 5 jam barulah sampai ke KL. Lama juge... mana tak lama, kami terpaksa mampir di Perak untuk menyelesaikan sedikit urusan buku saudara Muhammad Zaki.

Setelah semuanya selesai, barulah berangkat dari Perak ke Kuala Lumpur kira-kira waktu selepas maghrib.

Kami bermalam di rumah keluarga saudara Khyrie di Klang dan keesokkan harinya barulah bertolak ke KL.

Agaknye dah hampir 4 tahun tak jalan-jalan ke KL, rasanya macam orang baru je kat sana. Pembangunan amat pesat membangun. Bayangkan sahabat saye Khyrie yang merupakan orang sana pun, boleh tersesat jalan. Tu la yang dinamakan sebagai pembangunan.

Walaubagaimanapun, saye tetap berbangga kerana menjadi anak Malaysia. Sikit-sikit dah ler...

0 Komentar