Usrah Muslimat Zon Awwali

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 8:41 PG | , | 0 Komentar »



Kadang-kadang teringin juga hendak pergi rehlah bersama ahli usrah di zon awwali nie.

Agaknya sudah lama kami tidak membuat usrah diluar kawasan. Maklumlah semua ahli usrah disibukan dengan urusan masing-masing.

Walaubagaimanapun, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada usrah muslimat Usrah Zon Awwali kerana pada hari sabtu yang lalu 19.7.2008, mereka telah mengadakan satu program yang julung-julung kali diadakan di kebun Pak Long ( Ayah Mertua Ustaz Fahmi ) di lepai.



Program usrah yang diadakan di sana sungguh meriah kerana bukan sahaja dapat mengadakan usrah, malah semua ahli usrah dapat merasakan keindahan alam ciptaan Allah dan juga dapat menjamu selera dengan buah-buahan yang ada di sana.

Sementara usrah muslimat ( ibu-ibu ) mengadakan usrah dan membaca Yasin, anak-anak remaja muslimat pula sibuk dengan membakar ikan dan memasak. Bagi lelaki plak apa yang mereka buat? Hehehe... apa lagi panjat pokok rambutan, manggis, langsat la kami...

Sementara anak-anak kecil pula ditugaskan untuk mengutip buah yang telah digugurkan ke bumi.

Ya Allah seronok betul la hari tu. Lagi seronok sekiranya dapat di adakan selalu agar ukhuwah para ahli usrah mendapt kemesraan dan diredhai oleh Allah.








Gambar yang dirakamkan tidak sebegitu jelas kerana saya hanya menggunakan handphone sahaja untuk menangkapnya.


0 Komentar