Bila terkenang akan Al Marhum Syeikh Niamat Yusuf, terasa sebak di dada. Apa tidak, bagi penuntut Maahad Tarbiyah Islamiah Derang, dialah sebagai idola yang patut dicontohi untuk menjalani kehidupan saharian sebagai penuntut.

Kata-katanya berhikmah, budi pekertinya sopan, keikhlasannya menjadi ikutan, ajarannya menjadi amalan. Entah apa yang patut dikatakan tentang keluhuran budi pekerti Al-Marhum.




Majlis Haul Syeikh Niamat Yusoff 1429H/2008M

Tarikh : 13 Rejab 1429 / 16 Julai 2008
Hari : Rabu
Masa : 8.00 - 11.00 Pagi
Tempat : Dewan Kulian Tafaqquh Fiddin Dan Dewan Bukhari

Agenda :

8.00 - Bacaan Yaasin dan Tahlil( Semua yang hadir )
9.30 - Forum

Tajuk Forum : Keringat, Darah dan Air Mata Ayahanda
Ahli Panel :
1. Ustaz Abu Khair
2. Ustaz Ilyas Islamil
3. Ustaz Hazwan Hanif
4. Ustaz Hafiz Mustafa

10.30 - Tayangan Multimedia

Semua muslimin dan Muslimat dijemput Hadir
Tolong sebarkan untuk semua.



Alhamdulillah pagi tadi telah berlangsung majlis Haul Al Marhum Ustaz Niamat Yusoff.
Majlis bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Berikut gambar-gambar yang sempat saya tangkap.



Suasana dalam program membaca Yasin dan Tahlil



Antara peserta muslimat yang mengikuti program Haul



Kunjungan Syeikhul Maahad TG Ustaz Abu Bakar Awang. Kelihatan juga sudah uzur tapi tetap tabah untuk mengikuti program Haul Al-Marhum Ustaz Niamat



Sebahagian penuntut dan peserta yang hadir



Program Forum yang membicarakan pelbagai aspek tentang perjuangan Al Marhum Ustaz Niamat Yusoff

Semoga kehadiran semua diberkati Allah dan semoga juga Al-Marhum ditempatkan di tempat orang-orang yang mulia dan sholeh di sisi Allah S.W.T... amin....

PS. - . Anda boleh mengambil gambar ini tanpa pengetahuan Webmaster

0 Komentar