Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah pepatah melayu yang mahsyur sejak dari dulu hinggalah sekarang. Tak lapuk ditelan zaman.

Demikian juga halnya yang berlaku pada ketiga-tiga anak dari Indonesia ini. Mereka telah di didik dengan baik dan di tabiyah dengan cemerlang untuk menjadi seorang tokoh pemidato cilik di indonesia.

Yang paling menariknya seawal usia 7-9 tahun mereka mampu memukau ramai pendengar pidato mereka. Itulah hikmah tarbiyah yang diberikan sejak kecil lagi.



Jadi pada 20.7.2008 baru-baru ini, Maahad Tarbiyah Islamiah tidak ketinggalan menerima kunjungan mereka tiga beradik untuk menyampaikan pidato mereka di sini. Ramai yang terpegung dan kagum melihat kehebatan dan kebolehan mereka. Hampir 3 jam mereka bertiga berpidato tanpa menggunakan teks dan mahir dalam mengendalikan hadirin yang hadir.

Syukur dan tahniah saya ucapkan untuk mereka, semoga kehadiran mereka di MTID ini dapat menjadikan satu suntikan kepada semua pelajar MTID agar dapat mencontohi tauladan dan keberanian mereka untuk berhadapan kepada masyarakat dimasa akan datang.















Gambar yang dirakamkan mungkin tidak seberapa jelas kerana ditangkap menggunakan Handphone. Sesiapa yang hendak mengambil gambar ini, dipersilakan tanpa memberitahu kepad webmaster.

0 Komentar