Membuat Target _blank pada Element Sidebar

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 4:09 PTG | , | 0 Komentar »

Sitebar merupakan satu baru yang berada di tepi web blog kita sama ada di kiri atau di kanan, kedua-dua bar itu dipanggil sitebar. Hehe... macam nak memulakan kelas pulak...

Target _blank ialah sebuah arahan untuk membuka satu windows baru tanpa meninggalkan halaman asal semasa pautan ( link ) di klik. Kaedah ini ramai orang gunakan agar pelawat tidak meninggalkan laman web asal apabila mereka klik pada link yang diberikan.



Baiklah disini saya ingin berkongsi satu tutorial bagaimana kita membuat kaedah ini supaya web kita itu sentiasa dihadiri oleh pengunjung.

Langkah :

1. Masuk ke cpanel web blog anda
2. Klik pada Edit Html
3. Tandakan rait pada kotak [] Expand Template Widget
4. Carikan koding ini

< li >< a expr:href=’data:link.target’ >< data:link.name/ >< /a >< /li >


5. Tambahkan koding nie

< li >< a expr:href=’data:link.target’ target=’_blank’ >< data:link.name/ >< /a >< /li>


Perhatikan di mana saya masukkan koding target=’_blank’.
Itu sahaja. Save template anda dan cuba tengok hasilnya.

Perhatian : Semua koding diatas saya telah jarakkan penggunaan <> jadi anda diehendaki merapatkan semuanya dengan isi yang terdapat dalam tag <>

0 Komentar