Gambar latar belakang merupakan satu daya penarik untuk setiap web. Tidak kiralah web jenis apa pun yang anda kendalikan, gambar-gambar memang akan memainkan peranan yang penting.
Baiklah disini saya ingin berkongsi satu lagi tutorial iaitu bagaimana hendak meletakkan warna dan gambar untuk latar belakang posting anda.
Adalah lebih baik setiap posting itu akan diselang-selikan dengan gambar yang lain baru le nampak menarik sikit.
Lihat contoh dalam artikel ini. Macam mana menarik kan.
Caranya mudah sahaja.
Sebelum anda mencipta artikel untuk dilancarkan mulakan taip benda nie dan letakkan dibahagian atas posting anda.
Koding untuk membina Warna latar belakang posting
< div style="background:kod_warna_disini;" > taipkan artikel anda disini dan diakhir sekali penulisan anda taipkan penutup div < /div >
Untuk meletakkan gambar latar belakang untuk postingan anda
< div style="background:url(alamat_gambar_disini) no-repeat;" > taipkan artikel anda disini dan diakhir sekali penulisan anda taipkan penutup div < /div >
Save dan lihat hasilnya
0 Komentar
Catat Ulasan