Rebutlah Pangkat Isteri Solehah

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 9:58 PTG | | 0 Komentar »


Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang ke atas hamba-hambanya. Bagi kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu apabila mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu, puasanya di bulan Ramadhan, ketaaatan kepada suami dan kehormatannya. Melalui empat perkara ini juga menyebabkan seseorang wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa.

Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita. Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak khusyuk. Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya dengan tali (disuruh membuat itu dan ini). Ada yang menjadi pelacur dan menjual maruahnya untuk mendapatkan wang.

Sepatutnya kita kena banyak menangisi diri yang gagal menunaikan amanah Allah itu. Rasulullah selepas di Isyrak Mikrajkan, baginda tidak henti-henti menangis kerana terlalu amat sedih dan sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya kaum wanita dan umat-umat yang disayanginya diselamatkan dari azab api neraka. Bayangkanlah, baginda saksikan bahawa di dalam neraka itu 75% adalah terdiri dari kaum Hawa. Badan-badan kita akan disambar oleh api neraka dan terbakar rentung dan akan diperbaharui lagi daging-daging tubuh lalu dibakar lagi hingga mengikut sebanyak mana dosa yang telah kita lakukan itu. Beruntunglah bagi mereka-mereka yang beramal soleh. Wanita-wanita yang solehah akan disambut oleh 'wildan-wildan' nya (suami) diiringi dan serta diperelokkan kedudukannya di dalam syurga.

Bila diceritakan mengenai peribadi wanita bertaqwa dan solehah pastilah mereka-mereka ini mendapat pendidikan agama yang secukupnya. Bila ilmu telah dipelajari lantas terus diamalkannya. Maka jadilah mereka insan-insan yang terdidik untuk mentaati segala perintah Allah dan menjauhkan segala larangannya. Orang-orang yang banyak menangis kerana takutkan neraka Allah. Orang-orang yang sanggup berkorban apa saja demi kepentingan hari akhirat. Orang-orang yang sanggup hidup susah dengan berbagai ujian dan rintangan; tidak putus asa serta selalu ingat mati demi rindunya mereka untuk melihat wajah Allah swt dan Rasulullah.

Rebutlah pangkat wanita solehah yang bertaqwa kerana ianya tidak dapat dijual beli dengan dunia ini. Malahan tarafnya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa jua pangkat nilaian di dunia ini. Semua kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal lama dan biasanya kalau seseorang itu telah pencen ia akan kesepian dan dilupakan.

Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya begitu baik sekali sebab itu merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya untuk dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan kabul. Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan seorang pelacur di mana dia juga memberikan layanan yang baik kepada pelanggannya. Tetapi layanannya itu atas dasar untuk mendapatkan wang. Manakala seorang isteri yang solehah setiap perkara yang dilakukan semata-mata untuk mentaati Allah, demi untuk mendapat keredhaan-Nya.

Bila suami berhajat, hendaklah segera mendapatkannya dan tinggalkan kerja-kerja yang sedang dilakukan. Hiasilah diri dengan pakaian yang menarik, bersolek dan memakai bau-bauan. Jangan bimbangkan anak-anak yang menangis ketika itu kerana para malaikat sentiasa menjaga mereka sehingga kita selesai menunaikan amanah Allah terhadap suami kita dan mereka mendoakan semoga kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Generasi yang bakal mengamankan dunia!

Ramai juga kaum wanita hari ini berjaya melayani suaminya dengan baik tapi bila saja suami sebut hendak kahwin seorang lagi dia mula tarik muka empat belas, hempas itu, hempas ini malah boleh jadi perang besar. inilah yang dinamakan cinta nafsu. Dia mahu dia seorang sahaja menguasai kasih sayang suami. Padanya bermadu itu suatu yang hina dan tidak mengapa kalau si suami memiliki perempuan simpanan walau sebanyak manapun.

Seorang isteri yang bertaqwa, dia tidak peduli samada hidupnya terpaksa bermadu dua, tiga atau empat sekalipun sebab itu bukan urusannya malah sebuah ketentuan dari Tuhan untuk menguji sejauh mana keikhlasannya melayani suami. Dia tidak akan ambil kisah sekiranya suaminya mengecilkan hatinya malah di hati kecilnya akan sering berkata, 'Ini tugas aku dengan Allah, aku mesti laksanakan'. Akhirnya tidak timbul perkelahian bila bermadu bila setiap isteri telah faham dengan kedudukannya.

Hanya isteri solehah saja yang gembira bila dimadukan sebab suaminya telah menyelamatkan seorang lagi hamba Allah bila dikahwinkan. Bila seseorang itu telah berkahwin, Insya'Allah sembahyangnya akan lebih khusyuk kerana sebahagian dari agamanya telah diselamatkan. Di samping itu berkahwin juga boleh melembutkan hati dan menenangkan fikiran.

Untuk menjadi isteri yang solehah dan bertaqwa bukanlah semudah yang diucapkan. Kita mesti berusaha untuk mengikis sebanyak mungkin mazmumah yang terdapat dalam diri dan selalu berharap kepada Allah supaya dimasukkan sifat-sifat mahmudah dan dibantu ketika sedang bermujahadah di dalam menghadapi berbagai ujian.

Pecahkan hati dengan banyak menangis, bukan menangis kerana sayangkan harta dunia, takut dimadu dan sebagainya tetapi menangislah kerana takutkan azab Allah yang sangat pedih dan selalulah rindu untuk melihat wajah Allah. Sesiapa yang merindui Allah, Allah juga akan merinduinya dan Rasullah akan memberi syafaat kepada sesiapa yang merinduiNya dan mereka akan bersama-samaNya di dalam syurga kelak.

Banyakkan berselawat kepada baginda. Hanya baginda saja yang diberi keistimewaan untuk mengenali umat-umatnya sedangkan nabi-nabi lain gagal berbuat demikian. Berkat umat-umatnya yang bersungguh-sungguh menjaga tujuh anggota lahirnya (mata, telinga, perut, kemaluan, mulut, kaki dan tangan) dari berbuat maksiat dan mengamalkan sungguh-sungguh lima hukum (wajib, sunat, makruh, halal dan haram) yang telah Allah tetapkan, hanya mereka-mereka ini sajalah yang akan bersinar cahayanya di Padang Mahsyar kelak dan dipimpin oleh Rasulullah untuk menuju ke syurga.


Cetak Halaman

[+/-] Baca Selanjutnya......

Desktop Icons Arranger 1.0

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 12:52 PG | , | 0 Komentar »



Pernah tak anda terfikir untuk mengubah kedudukan ikon-ikon di desktop anda berubah kedudukan.

Perisian kali ini memang cun. Anda tidak perlu untuk meletakkannya secara manual, akan tetapi perisian ini akan membantu anda untuk menyusun ikon anda dalam bentuk apa yang ada kehendaki.

Jadi apa tunggu lagi... cuba le


Do you think your desktop is boring? Too many icons annoys your eyes? Can't find easily your icons position after changing resolution?Desktop Icons Arranger can cheer up your desktop making it pleasant and unique by arranging your icons in 56 different shapes and styles.

How would you like your desktop to look like these examples (3 out of 56 shapes shown):

More, you can save and restore multiple desktop icons layout therfore you won't lose the old position of your desktop icons after changing resolution or after playing with this toy.

Impress your co-workers and your friends or make your kids happy by showing them how your desktop icons turn into a fish, a car, a snowman, a star, a plane, a circle and many other shapes.

Are you in love? How about surprising your wife or your girlfriend so when she starts the computer to see her desktop icons shaped in one of 5 hearts that Desktop Icons Arranger can create.

Desktop Icons Arranger can cheer up your desktop making it pleasant and unique by arranging your icons in 56 different shapes and styles.
More, you can save and restore multiple desktop icons layout therefore you won't lose the old position of your desktop icons after changing resolution or after playing with this toy

Impress your co-workers and your friends or make your kids happy by showing them how your desktop icons turn into a fish, a car, a snowman, a star, a plane, a circle and many other shapes.

Are you in love? How about surprising your wife or your girlfriend so when she starts the computer to see her desktop icons shaped in one of 5 hearts that Desktop Icons Arranger can create.

Desktop Icons Arranger key features :
56 different shapes grouped in 5 categories and many more to come...

save and restore multiple desktop layouts, save and load with 1-click

Full control of your desktop layout :

set height and width of selected shape
set gap between desktop icons
move your icons layout anywhere on the screen - includes auto-centering
zoom out and zoom in your shape
minimization to system tray

List of all available shapes(56) :

Basic shapes: 2 Circles, 4-pointer star, 5-pointed star, 5-pointed star 2, 6-pointed star, Bolded cross, Circle, Cross, Cross +, Cross V, Curved rhombus, Curved square, Diagonal, Half-circle, Heptagon, Hexagon, Merged squares, Octagon, Rhombus, Spiral, Swirl, Triangle, Rectangle

Christmas: Bell, Candy bar, Christmas Tree, Christmas Tree 2, Snowflake, Snowman

Nature: 2 Waves, 3 Waves, 4-leaf clover, Fish, Flower 1, Flower 2, Flower 3, Leaf, Moon, Moon 2, Raindrop, Raindrop 2, Wave

Objects: Bulb, Car, Glasses, House, Plane, Umbrella

Others: Alien, Heart, Heart 2, Heart 3, Heart 4, Reactive, Secure sign

Requirements: No special requirements
Release Date: May 09, 2008
Platforms: Windows XP, Windows NT 4.x, Windows Me, Windows 98, Windows 2000 , Windows Vista Starter,Windows Vista Home Basic,Windows Vista Home Premium,Windows Vista Business,Windows Vista Enterprise,Windows Vista Ultimate


Dapatkan di sini Desktop Icons Arranger 1.0

Cetak Halaman

[+/-] Baca Selanjutnya......

Kisah Kalajangking dengan katak

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 10:28 PTG | | 0 Komentar »

Suatu hari seekor kalajengking mundar-mandir di tepian sebuah sungai dan bermaksud menuju seberang sungai. Ditengah kebingungannya itu kalajengking melihat seekor katak yang sedang berenang-renang dipinggir sungai itu. Kalajengking berteriak memanggil si katak dan memintanya untuk mengantar ke seberang sungai. Tapi dengan tegas si katak menolak permintaan kalajengking, katanya

“Aku tak mau mati katak dengan membawamu menyeberangi sungai ini, karena aku tau kamu beracun dan kamu pasti akan menyengatku selagi ada kesempatan.”



Kalajengking tak menyerah begitu saja, dia terus merayu si katak dan berkata dengan meyakinkan:

”Tentu saja aku tidak sebengong itu kawan, bukankah kita berdua akan mati tenggelam kalau aku menyengatmu ditengah jalan?”

Sang katak pun akhirnya percaya dengan rayuan si kalajengking dan setuju membantunya dengan cara menggendong kalajengking dipunggungnya berenang menyeberangi sungai itu.

Perjalanan pun dimulai dan ketika mereka berdua berada ditengah-tengah sungai, tiba-tiba kalajengking menyengat si katak dengan sangat kuat. Dengan nafas tersengal-sengal diujung kematiannya, dengan lirih si katak masih sempat berkata

“Mengapa kamu mengingkari janjimu?, sekarang kita berdua akan mati.

” Kalajengking menjawab “Aku sungguh tidak tahan untuk tidak menyengatmu, itu sudah kebiasaanku.”


Moral :

Kalau dah tahu sesuatu perkara tu membahayakan diri, hindarinya. Jangan paksa diri untuk melakukannya. Kerana akan merana diri akhirnya

Cetak Halaman

[+/-] Baca Selanjutnya......

Alasan lalat susah dipukul

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 10:28 PTG | , | 0 Komentar »



SSudah berapa kali Anda berhasil memukul lalat dengan tangan? Sukar bukan? Rahsia di sebalik kemampuan tersebut kini telah diketahui penjelasannya.

Selama 20 tahun meneliti biomekanika sayap lalat, Michael Dickinson dari Institut Teknologi California (Caltech) baru mengetahuinya sekarang. Itu pun karana dia rasa terpukul dengan pertanyaan yang sederhana dan sering dilontarkan oleh orang ramai yang ditemuinya.


“Sekarang saya ada jawabannya,” ujar Dickinson yang melakukan penelitian bersama Esther M dan Abe M Zarem. Ia menemukan rahsia tersebut setelah merakam manuver sejumlah lalat yang terancam pukulan menggunakan kamera digital yang dapat merakam dengan kecepatan dan resolusi tinggi.

Mereka menemukan bahawa lalat dapat mengenali ancaman berdasarkan lokasi. Otaknya akan menghitung seberapa jauh ancaman terhadapnya sebelum memutuskan untuk mengepakkan sayap dan terbang.

Setelah mengetahui arah ancaman, kakinya bertumpu untuk terbang ke arah yang berlawanan. Semua persiapan untuk melepaskan diri dapat dilakukannya dengan sangat cepat, hanya 100 milisaat setelah ia mengetahu akan adanya bahaya.

“Ini menunjukkan begitu cepatnya otak lalat memproses informasi sensorik menjadi respons gerakan yang sesuai,” ujar Dickinson. Bahkan, lalat mengatur posisi tubuhnya sesuai besar ancaman.

Ertinya, lalat telah mengintegrasikan dengan baik antara informasi visual dari mata dan informasi metasensorik di kakinya. Temuan ini memberikan petunjuk mengenai sistem saraf lalat dan menunjukkan bahwa di otaknya terdapat sistem pemetaan posisi ancaman.

“Ini sebuah transformasi rangsangan menjadi gerakan yang sedikit kompleks dan penelitian berikutnya mencari bagian otak yang mengaturnya,” ujarnya.

Dari sistem tersebut, Dickinson juga dapat menyarankan cara paling efektif memukul lalat. Menurutnya, waktu terbaik memukul lalat bukan waktu keadaannya hendak terbang sehingga waktu yang diperlukan untuk mengantisipasi ancaman tersebut relatif lebih lama. Tentu tak mudah melakukan gerakan kurang dari 100 milisaat.

sumber :PHYSORG dan kompas.com


Cetak Halaman

[+/-] Baca Selanjutnya......

Themes Untuk "Winrar 3.8" Anda

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 7:04 PTG | , | 0 Komentar »



Fuyoo... memang teruja menggunakan themes winrar nie. Rugilah kalian jika tidak mendapatkannya.

Winrar ini memang sangat diperlukan sekarang ni kerana banyak perisian yang besar dapat dimanpatkan menjadikan satu fail ke dalam program winrar ini.

Biasa ler... winrar nie banyak versi, kalau secara asalnya macam apa je themes die... so kali ini saye ingin berkongsi dengan korang semua dengan software nie.



Jom download

Dapatkan winrar anda di Winrar 3.80











Download Themes di Themes Winrar

Cetak Halaman

Kalau anda merasakan artikel ini memberi manfaat, berila sedikit komentar. Banyak-banyak pun boleh, :)

[+/-] Baca Selanjutnya......

Koding Untuk "Cetak Artikel"

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 9:19 PG | , , | 1 Komentar »

Assalamualaikum, agaknya dah lama saya tidak berkongsi tutorial untuk blog. Entah le mungkin sibuk agaknye atau rasa malas sikit nak update web blog nie.

Tapi tak per, sikit-sikit saya masukkan lama-lama jadi le bukit kan... ?

Baik la caranye mudah sahaja.


Pada bahagian < head > dan < /head > masukkan koding nie

< type="text/css" media="print">
#noprint {display: none;}
// Hide unwanted elements
body {background:fff; color:000;}
// Black text on White background
a {text-decoration: underline; color:00f;}
//Underline Hyperlinks in blue
}
< /style >



Kemudian pergi ke SETTING - FORMATING - POST TEMPLATES masukkan koding nie pula

< href="javascript:window.print()">Cetak Halaman< /a >




Cetak Halaman
PERHATIAN
Semua tag hendaklah dirapatkan. sebagai contoh <> kepada <> sekiranya ada masalah sila hubungi saya. Mmmm apa lagi komen ler sikit..

[+/-] Baca Selanjutnya......

Selamat Menyambut Ramadhan

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 1:26 PTG | | 0 Komentar »





[+/-] Baca Selanjutnya......