Malam Nostalgia Nadil Wasitiah

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 9:04 PG | , | 0 Komentar »

Derang, majlis ihtifal yang diadakan setiap tahun telah menggamit sebuah memori yang cukup bermakna. Memang cukup bermakna kerana peristiwa ini bukan selalu diadakan. Hanya setahun sekali sahaja.

Maahad Tarbiyah Islamiah Derang ingin menjemput semua waris, pelajar dan lepasan pelajar untuk menghadiri ke majlis Ihtifal yang akan diadakan pada :


Tarikh : 1 Ogos 2008 ( 29 Rejab 1429 )
Hari : Jumaat
Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Dewan Al Bukhari, MTI Derang

Yang paling menarik pada ketika ini ialah penampilan lagu-lagu kumpulan Nasyid Nadil Wasitiah yang menampilkan lagu-lagu dalam sekitar tahun 80an - 90 an.

Turut akan berhimpun dan menyampaikan dendangan lagu nasyid mereka ialah kumpulan nasyid Rusydan yang pernah mengharumkan nama dipersada nasyid negara.

Insyallah nanti saya akan sambung artikel ini pada hari tersebut dengan meletakkan beberapa keping gambar dan filem ringkas insyallah.

[+/-] Baca Selanjutnya......



Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah pepatah melayu yang mahsyur sejak dari dulu hinggalah sekarang. Tak lapuk ditelan zaman.

Demikian juga halnya yang berlaku pada ketiga-tiga anak dari Indonesia ini. Mereka telah di didik dengan baik dan di tabiyah dengan cemerlang untuk menjadi seorang tokoh pemidato cilik di indonesia.

Yang paling menariknya seawal usia 7-9 tahun mereka mampu memukau ramai pendengar pidato mereka. Itulah hikmah tarbiyah yang diberikan sejak kecil lagi.



Jadi pada 20.7.2008 baru-baru ini, Maahad Tarbiyah Islamiah tidak ketinggalan menerima kunjungan mereka tiga beradik untuk menyampaikan pidato mereka di sini. Ramai yang terpegung dan kagum melihat kehebatan dan kebolehan mereka. Hampir 3 jam mereka bertiga berpidato tanpa menggunakan teks dan mahir dalam mengendalikan hadirin yang hadir.

Syukur dan tahniah saya ucapkan untuk mereka, semoga kehadiran mereka di MTID ini dapat menjadikan satu suntikan kepada semua pelajar MTID agar dapat mencontohi tauladan dan keberanian mereka untuk berhadapan kepada masyarakat dimasa akan datang.















Gambar yang dirakamkan mungkin tidak seberapa jelas kerana ditangkap menggunakan Handphone. Sesiapa yang hendak mengambil gambar ini, dipersilakan tanpa memberitahu kepad webmaster.

[+/-] Baca Selanjutnya......

Usrah Muslimat Zon Awwali

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 8:41 PG | , | 0 Komentar »



Kadang-kadang teringin juga hendak pergi rehlah bersama ahli usrah di zon awwali nie.

Agaknya sudah lama kami tidak membuat usrah diluar kawasan. Maklumlah semua ahli usrah disibukan dengan urusan masing-masing.

Walaubagaimanapun, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada usrah muslimat Usrah Zon Awwali kerana pada hari sabtu yang lalu 19.7.2008, mereka telah mengadakan satu program yang julung-julung kali diadakan di kebun Pak Long ( Ayah Mertua Ustaz Fahmi ) di lepai.



Program usrah yang diadakan di sana sungguh meriah kerana bukan sahaja dapat mengadakan usrah, malah semua ahli usrah dapat merasakan keindahan alam ciptaan Allah dan juga dapat menjamu selera dengan buah-buahan yang ada di sana.

Sementara usrah muslimat ( ibu-ibu ) mengadakan usrah dan membaca Yasin, anak-anak remaja muslimat pula sibuk dengan membakar ikan dan memasak. Bagi lelaki plak apa yang mereka buat? Hehehe... apa lagi panjat pokok rambutan, manggis, langsat la kami...

Sementara anak-anak kecil pula ditugaskan untuk mengutip buah yang telah digugurkan ke bumi.

Ya Allah seronok betul la hari tu. Lagi seronok sekiranya dapat di adakan selalu agar ukhuwah para ahli usrah mendapt kemesraan dan diredhai oleh Allah.








Gambar yang dirakamkan tidak sebegitu jelas kerana saya hanya menggunakan handphone sahaja untuk menangkapnya.


[+/-] Baca Selanjutnya......

Hi-Tea di rumah Menteri Besar Kedah

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 8:04 PG | | 0 Komentar »




First time masuk rumah Menteri Besar rasa macam tak percaya boleh menjejakkan kaki ke sini.

Walau bagaimanapun, rasa seronok la juga kerana berpeluang untuk memasukinya. Baru nie pada 16.7.2008, sempena Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum Pokok Sena Kedah dapat le berpeluang ke Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah di Mentaloon. Suasana yang mesra, layanan yang istimewa walaupun makanan yang diberikan ala kadar sahaja.



Ramai juga YB-YB yang hadir pada hari ini dan sempat juga saye dan rakan-rakan mengambil gambar bersama dengan mereka. Bagi saya YB kita nie mesra dan mudah untuk didampingi untuk mendengar permasalahan rakyat.

Syukurla Allah telah memeilih mereka-mereka ini untuk membimbing kita semua kearah kesejahtaraan. Semoga benda yang baik ini, mendapat keberkatan dari Allah untuk semua dan berkekalan untuk selama-lamanye.










Gambar tak seberapa cantik kerana menggunakan HandPhone jer untuk menangkapnya. Sekian Harap Maklum

[+/-] Baca Selanjutnya......



Bila terkenang akan Al Marhum Syeikh Niamat Yusuf, terasa sebak di dada. Apa tidak, bagi penuntut Maahad Tarbiyah Islamiah Derang, dialah sebagai idola yang patut dicontohi untuk menjalani kehidupan saharian sebagai penuntut.

Kata-katanya berhikmah, budi pekertinya sopan, keikhlasannya menjadi ikutan, ajarannya menjadi amalan. Entah apa yang patut dikatakan tentang keluhuran budi pekerti Al-Marhum.




Majlis Haul Syeikh Niamat Yusoff 1429H/2008M

Tarikh : 13 Rejab 1429 / 16 Julai 2008
Hari : Rabu
Masa : 8.00 - 11.00 Pagi
Tempat : Dewan Kulian Tafaqquh Fiddin Dan Dewan Bukhari

Agenda :

8.00 - Bacaan Yaasin dan Tahlil( Semua yang hadir )
9.30 - Forum

Tajuk Forum : Keringat, Darah dan Air Mata Ayahanda
Ahli Panel :
1. Ustaz Abu Khair
2. Ustaz Ilyas Islamil
3. Ustaz Hazwan Hanif
4. Ustaz Hafiz Mustafa

10.30 - Tayangan Multimedia

Semua muslimin dan Muslimat dijemput Hadir
Tolong sebarkan untuk semua.



Alhamdulillah pagi tadi telah berlangsung majlis Haul Al Marhum Ustaz Niamat Yusoff.
Majlis bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Berikut gambar-gambar yang sempat saya tangkap.



Suasana dalam program membaca Yasin dan Tahlil



Antara peserta muslimat yang mengikuti program Haul



Kunjungan Syeikhul Maahad TG Ustaz Abu Bakar Awang. Kelihatan juga sudah uzur tapi tetap tabah untuk mengikuti program Haul Al-Marhum Ustaz Niamat



Sebahagian penuntut dan peserta yang hadir



Program Forum yang membicarakan pelbagai aspek tentang perjuangan Al Marhum Ustaz Niamat Yusoff

Semoga kehadiran semua diberkati Allah dan semoga juga Al-Marhum ditempatkan di tempat orang-orang yang mulia dan sholeh di sisi Allah S.W.T... amin....

PS. - . Anda boleh mengambil gambar ini tanpa pengetahuan Webmaster

[+/-] Baca Selanjutnya......

Game : 3D Street Fighter III

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 9:06 PG | , | 0 Komentar »



Ada sahabat-sahabat bertanya kat saye. Semua software, tak de ke game ker?

Waduh... gawat nie... hehehe... tak pe la kali ini saye ingin berkongsi satu pulak perisian permainan yang rasanye seronok digunakan untuk melepaskan boring dimasa lapang.

Saya masih ingat semasa masih dibangku sekolah (sekitar tingkatan 1-5) tu minat gak main game nie. Kadang kala main sampai habis. kadang kala tak juga.




So bagi kawan-kawan yang gila dengan game nie, apa tunggu lagi, download la di sini

Street Fighter CD 1
Street Fighter CD 2

Lepas sedut jom kita lawan saya yang menang :)


[+/-] Baca Selanjutnya......



Bila membicarakan tentang program Anti Virus, ramai dikalangan sahabat-sahabat saya bertanya. Apakah perisian Anti Virus yang terbaik digunakan.

banyak la petua-petua yang mereka berikan. Ini baik la... itu baik la... tapi bagi saya semua tu baik belaka cuma cara kita nak gunakan je kena betul. Kalau tak betul bermakna program secanggih anti virus itu, tidak dapat memainkan fungsi dengan sepenuhnya.

Bagi saya. untuk menggunakan perisian anti virus, kita kena la tengok dulu di laman web untuk memastikan anti virus yang kita gunakan tu telah diperakui kekuatannya.

So dorang tanya saya, dan saya jawab carila antivirus payung. Apa pulak anti virus payung nie.... hehehehe... Avira la beb.




>

Avira Antivir has received an increasing amount of attention since garnering the highest score of any free security program on AV-Comparatives independent testing service for on-demand testing.

It fares a bit worse on the "Retrospective/ProActive" test, although still better than any of the other applications tested. However, it's hard to find anybody who finds the virus definition file update speed to be fast: it's notoriously slow. We put Antivir through the CNET Reviews Labs benchmarking process and came up with some unsurprising results.

When running alongside other high-drain processes, such as iTunes file conversion and while running MS Office, Antivir scored high. CA Antivirus and Panda 2008 were the top two products, followed by the premium version of Antivir and then the standard version, but all others tested including AVG Anti-Virus, Kaspersky, and Avast fell in behind them.

The MS Office test produced far less staggering results. With Antivir Personal completing the test in 271 seconds and Antivir Premium finishing in 270. The fastest of the 12 products, Panda 2008, scored 269.67 seconds, while the slowest, F-Sure, hit 273.33, so Avira was more toward the average here than in the other tests.

Overall, Avira slowed down the test machines somewhat, but it caused less drag on system resources than most--but not all--of its competitors. Boot time tests placed it at an average of 30.85 seconds, one second slower than Kaspersky, two seconds slower than BitDefender, and nearly two and a half seconds slower than the premium edition of Antivir. In scan testing, Antivir scored second-fastest after Panda 2008, and nearly three times faster than AVG Anti-Virus 8.0.



Untuk mendownload sila ke sini AVIRA ANTIVIRUS

Untuk Register Crack Die Sila ke Sini Licence Ori Beb

[+/-] Baca Selanjutnya......

Hantar Email Kepada Saya

Diterbitkan Oleh Tawakkal | 12:29 PTG | | 0 Komentar »

Ramai sahabat yang ingin menghantar email kepada saya tetapi tak tau alamat email saye.

Disini saya sertakan satu form untuk anda isi. Kita boleh berinteraksi melalui form ini.

Selamat mencuba..




[+/-] Baca Selanjutnya......